SehaAmeeraJamil.
siapakah DAJJAL ?
Saturday, March 5, 2011, 1:47 AM | 4 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh (:

ok, hari ni macam biasa kita akan belajar sesuatu yang akan menambah lagi pengetahuan kita.  tajuk hari ni ialah DAJJAL.  kalian kenal siapa dajjal? dajjal merupakan salah satu daripada sepuluh tanda-tanda besar berlakunya kiamat.  

sepuluh tanda-tanda berlakunya kiamat

  1. Asap,
  2. Dajjal,
  3. Binatang,
  4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  5. Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  6. Yakjuj dan Makjuj,
  7. Tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  8. Sekali di barat dan
  9. Yang ketiga di Semenanjung Arab
  10. Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan “Nabi Isa yang benar” manakala Islam mengatakan “Nabi Muhammad yang benar”.

Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj.

Ya’juj dan Ma’juj ialah manusia dari keturunan Nabi Nuh iaitu anaknya yang bernamaYafis. Fizikalnya hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Pada masa itu Imam Mahdi telah ada.

Semasa Dajjal keluar mengamuk, orang Islam sedang sembahyang Asar berjemaah di satu masjid di Damsyik, turun Imam yang diletakkan di menara masjid iaitu Nabi Isa. Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa menjadi imam dan sebaliknya, berlaku tolak-menolak sehinggalah akhirnya Nabi Isa menjadi imam sembahyang asar. Selesai sembahyang, Nabi Isa keluar mencari Dajjal.

Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah. Tiap-tiap jalan pintu masuk ditunggu oleh malaikat. Dajjal tidak nampak kerana hanya bermata satu. Malaikat memusingkan Dajjal apabila ia menuju ke pintu masuk. Setelah Dajjal melihat Nabi Isa, ia berlari sekuat hatinya hingga akhirnya Nabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.

“Ia memerintah selama 7 tahun“.

Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

source :-

wassalam (: