SehaAmeeraJamil.
Seha Pregnant ! - 10 May 2016
Saturday, October 1, 2016, 11:22 AM | 0 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Lamanya tak update blog kan! Alhamdulillah cepatnya masa berlalu. Last entry pasal my wedding day, second last entry pasal my engagement day. And for this entry about my pregnancy. The miracle begin ❤

Bawak family p makan ikan bakaq !

31 April 2016 aku dan suami balik kampung macam biasa 2 or 3 months sekali kami akan balik kampung. Selalu for a week. 31 April 2016 hingga 7 May 2016 baru balik Teluk Intan semula. Masa tu aku tengah tunggu-tunggu Miss P datang sebab memang dah due pon. Simptom-simptom tu dah ada, nyilu ari-ari and sakit belakang. Tak aspect pon tu tanda-tanda pregnant

3 May 2016 aku ada appointment dengan Pakar O&G dekat Hospital Sultanah Bahiyah. Ini pon salah satu sebab kenapa kami balik kampung. Ini merupakan checkup every 6 months yang aku kena attend semenjak 2012 sebab aku pernah buat major operation untuk buang cyst dekat my both ovary. Pada haritu doctor scan macam biasa, dia cakap everything okey and cuma dia cakap dinding rahim menebal mungkin sebab period nak datang. Memang betul pon. masa tu dah delay 3 days. Aku pun google, setiap kali apa doctor cakap aku akan balik google untuk memastikan aku betul-betul faham apa doctor maksudkan. Bila google, ada dua sebab kenapa dinding rahim menebal, samada nak period or nak pregnant. Dalam hati terdetik, alangkah bahagianya kalau pregnant, moga ada rezeki aku kelak! (sambil usap-usap perut).

7 May 2016 (Sabtu) kami pulang ke Teluk Intan, sepatutnya boleh lagi stay kat Kedah sebab 8 May 2016 masih cuti. Tapi disebabkan 8 May 2016 tu office ada buat trip family day ke Cameron Highland, kami decide nak balik awal.

8 May 2016. Sepanjang dalam bas ke Cameron Highland, perut aku tak selesa and pinggang pun sakit. Memang banyak betul aku lumur minyak panas. Standby pakai pantyliner takut Miss P muncul kan. Sepanjang hari tak muncul-muncul juga. 



Ladang Teh Cameron Highland






Waterfall kat Lata Iskandar, cantik kan.

9 May 2016, genap 9 days period delay. Dalam hati ni betul ke delay sebab pregnant. Aku pon ajak husband beli pregnancy test kat watson. Husband cakap takpa, check ja, kita dah biasa dengan hal ni sebab hampir 2 tahun dah kahwin. Dah lali.

10 May 2016, subuh aku terjaga awal, terus aku ambil upt and terus buat urine test. AllahuAkbar! Naik terang betul double line. Husband masih nyenyak tidur. Aku terus cepat-cepat kejutkan dia and beritahu hal ni. Dia happy and kami peluk nangis sama-sama. Happy tak terkata. Masing-masing whatsapp family masing-masing inform hal ni. Both family sangat happy. 1st cucu and 1st anak buah. Bertuah sangat kamu baby!

❤

Hampir 2 tahun kami menunggu berita gembira ni, anniversary yang kedua 30 May 2016. Alhamdulillah, harini dah 26W2D my baby. Dah 6 bulan lebih. Menendang pun dah tak kira waktu. Waktu menaip pun menedang je kerjanya.

Setakat ini sahaja. Nanti kalau rajin update pasal preparation untuk my baby pula.

KbaiWassalam

30 May 2014, Seha dah nikah :)
Monday, June 30, 2014, 3:00 AM | 0 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Hari ni dah cukup sebulan aku bergelar isteri kepada suami tersayang Mohd Hafizi Hasan.

Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Ala kadar, alhamdulillah. :) Terima kasih kepada saudara-mara, dan kawan-kawan yang sudi datang. Yang tak dapat datang tu tak pa, aku maafkan. Biasalah tarikh kenduri aku tu memang banyak kenduri. :)

Buat masa sekarang aku dengan suami tinggal asing dimana aku di Alor Setar, suami di Teluk Intan. Dari bercinta, bertunang and sekarang dah kahwin pun still jauh. Tapi takpa, kami yang rasa, mulut orang lain biasalah, mana boleh tutup. Seha please la ignore cakap-cakap makcik-makcik yang cakap negative tu.

Pengalaman sebulan? Rindu masa bercinta ; bertunang tak sama macam rindu bila dah kahwin ni, lagi kuat rindunya tu. Tapi tak pa. Cool cool. Selagi suami masih ada atas bumi, sanggup aku naik bas every weekend jumpa suami. 5 jam je laa. Allah kan ada.

Oh ya, tak lupa juga pada manusia yang caring sangat tu, asyik tanya pasal anak, aku akan announce 1 dunia kalau ada rezeki kami menimbang cahaya mata. Siapa tak nak anak? So aku ni kecik ja orangnya, hati pon kecik, sensitip kemain ni tau. So behave dengan soalan itu okey? Allah sebaik-baik perancang. Ingat tu ya kawan-kawan. 

Layan gambar jom.  












Gambar last aku sukaaa. Selfie pakai handphone aku. Thanks monopod :) Yang lain kakak aku snap. Tak semua ada. Tunggu gambar dari photographer lepas raya.

Special thanks to :
MUA - Atenz Nfz (Recomended !) - 011 - 1959 4833
Henna - Ella Henna Art (Recomended !) - 012-593 4683
Baju aku - My lovely mum Puan Norizah Mahmood (Beading by me)
Baju suami - Tak pasti
Kain untuk both - Kamdar
Lenses - Perky brown by Freskon

BTW, ramadan kali ni sebagai seorang isteri. Best. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, inshaAllah :)

Next update inshaAllah hari sanding di rumah aku. Stay tuned....

KbaiWassalam



Alhamdulillah. One step closer. 14th December 2013. My E-Day.
Friday, February 14, 2014, 2:06 AM | 0 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lamanyaaaa tak  update blog. 7 bulan lebih. Hehe. Untuk kenangan ini aku wajib tulis. Mahu jugak kenangan yang tercipta ni tercoret dekat blog ni. Nanti dah tua boleh tengok tengok balik. 

Alhamdulillah pada 14 Disember 2013 yang lepas aku selamat bertunang dengan kesayangan ku Mohd Hafizi Bin Hasan. Rasanya tepat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah hari ini genap 2 bulan aku jadi tunangan orang. 

Jom tengok gambar je lah. Hehehe.


















Ok, insyaAllah majlis kenduri nanti pada bulan May 2014 (Rujuk daisypath aku di sidebar kalau nak tau exactly date). Hehehe. Mintak jasa baik pembaca blog aku doakan majlis kami berjalan dengan lancar ok!


Terima kasih :)


ByeWassalam.