SehaAmeeraJamil.
PEMBERITAHUAN & DILEMA
Friday, March 23, 2012, 6:33 PM | 2 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Disini aku sangat menyesali bahawasanya aku terpaksa lanjutkan MC kerana hanya ada masa 2 hari ja aku punya MC habis and terus cuti midsem. Disitu boleh nampak agak rugi dan penat jika aku berulang alik. Pada mulanya aku cuba untuk tukar temujanji dengan doktor supaya termujanji tersebut boleh ditukar ke hari dimana pada hari tersebut adalah cuti midsem. Tapi, nurse tak bagi sebab result mengenai ketumbuhan masa operation aku dah keluar and doktor ada nak buat penerangan sedikit mengenai kesihatan aku. Takpela, anggap jela ni semua ada hikmah.


Makin hari makin nipis semangat aku nak belajar. Tak tahu lah kenapa. Dilema sekarang samada aku nak teruskan ataupun berhenti sahaja. Serabut. Kebelakangan ini aku rindu zaman kerja, pegang duit sendiri, pengalaman, officemate, trainee and most important adalah dekat dengan mak. 2 kali jugak aku pergi office lama jumpa Farahana, tolong sedikit sebanyak pasal account. Seronok sangat rasanya ! Tula, belajar dengan kerja masing-masing ada buruk and baiknya. Hati aku berat ke kerja. Hm Hm. Nampak tak aku tengah mengeluh? Sendiri buat keputusan kan? Haih.

I N G A T !
Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, tak sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

BaiWassalam