SehaAmeeraJamil.
Salam Maulidur Rasul 1433/2012
Sunday, February 5, 2012, 3:25 AM | 0 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hari ni aku ada tengok drama dengan filem berunsurkan Islam. Dua-dua memberi kesan mendalam untuk diri aku. Cerekarama Al-Ikhlas dan Filem Hafalan Shalat Delisa. Filem tu hampir-hampir buat aku menangis.  Diadaptasikan dari Novel Hafalan Shalat Delisa. Walaupun masih kecil, dia redha dengan pemergian sebahagian keluarganya. 



Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan bertemu dengan hari kelahiran kekasih ALLAH iaitu Rasulullah S.A.W. Bertuah kan? Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama berselawat kepadanya juga menghidupkan sunnahnya di setiap hari-hari mendatang kita. Besar pahala. InshaALLAH.

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) RASULULLAH itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak mengingati ALLAH" (Al-Ahzab : 21)

Sini aku attach video Selawat Nabi yang ringkas merdu syahdu daripada Syamil. Please dengar and ikut sekali lagu ini, sangat menyentuh jiwa :)






BaiWassalam :)