SehaAmeeraJamil.
RM200
Tuesday, January 17, 2012, 3:41 PM | 6 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tadi lepas makan kenyang-kenyang, aku dengan Hasanah pergi ambil voucher RM200. Dah lama keluar and diagihkan, tapi baru nak pergi ambil. Fakulti jauhlah, pulak minggu exam kan, MALAS tu membuak-buak la mengada dia. HeHeHe.


Lepas ja ambil, kami terus balik sebab Hasanah ada hal. On the way balik, dekat cafe ada jual buku-buku. Belambak kot novel. Aku pegang ja novel Aisha Sofea tu, nak beli macam rugi sebab novel tu tak sampai RM50 pon, so kena tambah buku lain untuk cukup 1 voucher. Tak payah la kan nafsu membeli novel tu dilayan. Aku niat nak beli buku belajar Bahasa Inggeris. Nak kuatkan English aku yang tunggang langgang ni. Malu je. HiHiHi.

Malam ni insyaALLAH aku akan berangkat pulang ke Kedah. Pukul 6 petang akan bertolak ke MBKT dari Umt dengan menaiki bas Umt, save bajet la sikit, kemudahan dah ada, haruslah digunakan sebaik mungkin. HikHikHik. Baju pon dah siap packing. Cuma tinggal siapkan diri ja untuk balik. Doakan kami semua yang akan berangkat pulang ke kampung masing-masing selamat semuanya ya. Terima Kasih ! :D

Mesti baca jika ia sama dengan anda : Tips Sekiranya Sudah Berpunya & Masih Belajar

BaiWassalam :)