SehaAmeeraJamil.
Ovarian cyst
Tuesday, January 31, 2012, 11:31 PM | 4 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ovarian Cyst Bukan Bersifat Penyakit

Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan membentuk gelembung dinama ovarian follikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovari follikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengah terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan Ovarian cyst. 95% daripada Ovarian cyst adalah benign, iaitu tidak merbahaya. Ia adalah bukan penyakit iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita. Ovarian cyst terdapat pasa hampir semua manusia yang mempunyai ovari terutama pada usia subur. Namun kadangkala ia menyebabkan kemudaratan pada pesakit  seperti :

  • Mengalami sakit dibahagian bawah abdomen
  • Rasa kembung abdomen
  • Sakit pada payu dara
  • Rasa letih
  • Masalah ketidaksuburan
  • Sakit kepala

Bilakah Pembedahan Itu Perlu?

Setiap Ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan dengan 3 tujuan iaitu

Pertama * melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
Kedua * membuang Ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (sakit perut, ketidak-teraturan haid) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain.
Ketiga * melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka Ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi imej bagi Ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer  berdasarkan :

  1. Imej CT scan abdomen Laporan pathology tisu yang diambil
  2. Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari
  3. Wanita itu sudah mengalami menopause
  4. Saiz Ovarian cyst  itu tidak menjadi kecil walaupun setelah 2-3 kitaran haid.

Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit mengidap penyakit ovarian kanser atau tidak.

Ia Boleh Berulang

Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai cystectomy, ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang akan dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu kekal. Namun begitu ketumbuhan Ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah 'lengkap keluarganya' dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).


Dipetik dari artikel Dr Zubaidi Hj Ahmad