SehaAmeeraJamil.
Outing Membeli Belah Makan !
Saturday, November 19, 2011, 4:56 PM | 6 comment(s)

بسم الله الرحمن الرحيم.السلام عليكم




Sebelum keluar. Eyeliner tak sama. HAHA

ALKISAH, kami bertiga keluar outing kerana banyak benda nak beli "weh, stok dalam bilik tinggal habuk ja, jom shoping !" okey aku tipu. Hari khamis lepas sempena tiada class aku Senah Nad decide nak keluar beli barang. Actually Nad ada class tapi buat-buat tak ada class. Semua tu di hujung jari right? HAHA.

Lepas dapat kunci viva, terus pergi isi perut. Lebih kurang pukul 11 lebih la. Kami terus ke Pizza Hut !. Tekan call and waiter tu datang. ohmai, kenapa lah bagi menu yang lama kat kami? Tercari-cari pizza yang terbaru. cis cis. Kami terus order Island Hawaii sebab tak nampak pizza yang baru? confuse.


 Cik Hasanah yang kelaparan sempat lagi bergambar atas desakan aku. HAHA

 Chicken Soap. Yummy !

 Inilah Island Hawaii. Habis licin kami makan. HIHI

Yang ni si Hasanah dengan nad order. MAKAN TAK HABIS PON.

Nak dijadikan cerita, disebabkan sifat tamak dan hasad dengki dekat meja sebelah, kami call waiter sekali lagi. "Ada tak menu yang baru? Kami nak pizza yang terbaru". Pizza kedua yang kami order tak habis pon sebab kenyang and pizza tersebut terlalu banyak cheese. Aku mendesak pizza tu masuk ke perut tapi memang tak boleh.
--> Padan muka <--

Pizza kedua kami order. Tak tahu nama apa.  

Lepas ja kami makan, kami terus ke Mydin Mall untuk beli barang. Satu troli penuh kami shoping. Satu troli untuk tiga orang okeyyy :D Aku siap sedia dengan list. Hasanah pon ada list cuma si Nad ja tak ada. Hihi. 2 benda ja aku tak dapat beli iaitu ink printer dengan bihun pama. Cis cis cis, bihun pama tak ada kat Mydin Mall, KECEWA. 

 Berhenti sebentar menunaikan solat. Tak tahu nama masjid, tapi di belakang KFC :D

Chocolate Indulgence. Yummy !

Lepas ja sembahyang kami terus ke Secret Recipe sebab ada budak dok merengek nak makan kek. Siapa pon aku tak tau la, nak tau tanya Hasanah. Haha. Sampai sana tak nampak pon Chocolate Indulgence, hati hancur merudum. Rupa-rupanya diorang tak display pon, tak tahu lah sebab apa. Aku tak reti sebut, Nad tolong orderkan. Haha, minah kampung gini lah. Aku beli Chocolate Indulgence dengan New York Cheese. Tapau je sebab Nad nak makan KFC. 


 KFC Nad. Snack Plate Tomyam.

Penat berjalan. Mendahagakan.

Okey lepas mengisi perut untuk kali kedua, kami teruskan perjalanan. Seronok-seronok si Nad drive kami ternampak macam tempat boleh menjamu mata dan wang. Terus singgah. Kami singgah di Dataran Syah Bandar (betul entah?). Nad dengan Hasanah shoping beg, cardigan dengan baju kat sana. Aku hanya memandang, tahan nafsu! Lepas ja kami ke situ, kami terus cari tempat solat, kami solat di surau dekat Astaka. Lepas ja solat Nad ajak main boling, tapi, tak jadi sebab macam pelik je boling kat sana. Tak berani. Hehe.

Time tu dah agak lewat, pukul 8 lebih. Memang terbaiklah kami keluar. Mungkin pertama dan terakhir untuk sem ini? Haha. Kami terus balik. Dalam perjalanan, kami SESAT. SESAT okey. Aku je dok gelak-gelak kat belakang, si Hasanah dengan Nad frust cari jalan. Tapi Alhamdulillah kami akhirnya sampai juga di Umt awal jam 10 malam. LEGA. Memori paling indah. :D

Wassalam. Baibai.

Credit : Nikon Coolpix , w660i.