SehaAmeeraJamil.
selamat datang UMT ^_^
Monday, September 12, 2011, 9:00 AM | 2 comment(s)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


Penatnya badan. sakitnya kaki. sakitnya belakang. errrrr. orientasi yang agak santai tapi badan aku dah lama tak lasak, jadi terkejut agaknya.  urat kaki cekang. hehehe.


pada 6 september 2011 yang lepas secara rasminya aku menjadi student dekat UMT ni. perrrgggghhhh. macam-macam perasaan ada. naseb baik kengkawan baik. lebih kepada adik-adik la. mereka ni kebanyakkan lepasan matrik.  bermaksud umur memang jauh bezanya.  angka puluh dan belas. jauh beza kan? teheeee

cerita pasal daftar, sistem UMT memang terbaik la. kejap je daftar.  hanya di 1 tempat je. takde kena pusing sana-sini. heheeee. fasilitator yang jaga pon sangat peramah dan baik. aku panggil dekat mereka akak, padahal mereka muda pada aku.  lantaklah kan.  muka aku kan mudaaaa. HAHA.



masa daftar dapatlah baju tshirt, baju korporat, and bag. standard baju aku dapat memang besar. lantaklah, baju besar memang aku dah biasa. hehehe. bab pemakaian memang superb lah kat sini. banyakkkkk beza dengan di Polimas.  aku dengan si syamira banyak bandingkan antara Polimas dengan UMT. memangla banyak bezanya kan? budak perempuan melayu boleh je free hair. nak pakai makeup sekilo pon dakpe. nak pakai slipar jepun pergi kelas pon dakpe. hostel macam mana? KECIK

tapi yang sedihnyaaaa, student kedah sikit sangat. yang ramai student ganu kite (nyanyi). even pon berlainan negeri, mereka memang baik. tapi bila aku dengan syamira mula cakap kedah, semua pakat tenganga. HAHA. student luar negara pon ada. indonesia and somalia kot, aku tidak pasti. mereka budak sains.


bila berada di universiti. semuanya kena buat sendiri. takde episod lecturer manjakan student disini. harap maaf.  segala maknenek update pasal class or pape semunya kena cek disini http://mynemo.umt.edu.my/. sampaikan silibus yang sekeping tu pon lecturer suruh tengok disini. HAHA. mudahkan lecturer sekarang. cuma kena ada ilmu and bercakap je.

MINGGU JALINAN MESRA (MJM)

6/9/2011-10/9/2011

START CLASS
11/9/2011

nampak tak tarikh? habis je orientasi, terus class.  dah la fakulti jauh gila.  penat berjalan. bila dah sampai fakulti, cari tak jumpa pulak. HAHA. nampak sangat budak junior kan. pening. sekarang semua budak ex dip sedang berusaha sedaya upaya untuk transfer credit subject yang dah diambil time dip dahulu.  memang susah la sebabnya time kami belajar tak sama silibus. kononnya la, padahal sebiji sama. tension gakla. sabar je la.

okeyla, tu je kot. ada class ni.  nanti aku update lain. opppssss. ada orang baca ke? biarlah, untuk aku jugak bila nak imbas kenangan 1st degree di UMT pada kemudian hari nanti. :)

pic credit to my handphone. :)

bai. wassalam.