SehaAmeeraJamil.
L A S T 23 august 2011
Tuesday, August 23, 2011, 12:27 AM | 2 comment(s)

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

hye hye semua, tadi berbuka makan apa? pheeeewww. hari ni mak aku buat laksa, aku berbuka dengan laksa je tadi sebab mision aku baru bermula. D I E T :D semalam mak buat mee kuah. nak jimat katanya, daripada beli baik buat, tak membazir. mak aku tak semata-mata buat laksa, wajib la ada nasi. heee


23 AUGUST 2011

L A S T? apa kaitan last dengan malam ne errrk? hurrrmm. esok merupakan hari terakhir aku dekat opis si nun.  banyak jugak pengalaman yang aku dapat dekat sana. pahit manis tawar kelat semua ada. walaupun tension, ada je orang buat kami semua staff bergelak ketawa. heeee. suasana macam tu baru best, kan? kan? walaupun tersepit semua masalah dapat diselesaikan. kena berbincang dan memberi pendapat juga menggunakan kepakaran dalam bidang tersebut, lepas tu selesai lah, yahooo. 

khidmat aku berakhir pon bersebab iaitu UMT. kalau rezeki aku tiada di UMT memang aku akan stay di MNZWAJ sehingga aku kahwin. tapi rezeki aku memihak di UMT, semuanya ada hikmah kan? mudah-mudahan keputusan yang aku ambil ni tepat, sebab bos aku en Azli pon nasihat sambung belajar. tadi client call ucap selamat hari raya and mintak maaf jika ada salah silap sebab esok aku last day, rasa terharu pulak :')

orang-orang yang selalu buat aku gelak :')

FARAHANA
HASNAN
JAMIL
CIK MAIL
ASYRAF
EN AZLI
KAK RINI :D

mereka memang superb,  ada je benda buat riuh. esok en Azli sponsor majlis berbuka puasa, and lepas tu aku akan happy-happy pergi alor star mall shoping-shoping dengan farahana, si hasnan and si jamil.  mesti best ! :D nak bawak camera snap-snap and untuk tayang kat sini gak. heeee *gedikssss

esok semuanya last

last nak iron baju pergi kerja
last nak bangun awal pergi kerja
last gelak-gelak dengan farahana
last nak angkat phone opis cakap "hello mnz"
last nak buka pc aku si IBM tu
last nak guna mesin photostat
last nak gaduh dengan si gajah hasnan
last dengan job HIGHTECH yang berupakan job paling beri aku pengalaman
last nak gaduh-gaduh siapa nak tutup server kunci pintu
and last nak pandang pintu mnzwaja sebagai staff disitu

snap tadi thanks w660i. heee

pengalaman yang tak dapat aku lupakan. i love you warga MNZWAJ Associates :) mesti lepas ni aku akan rindu hampa semua. kalau ada jodoh kita jumpa lagi :) setahun lebih aku kat sana. lama. aku sayang pengalaman aku kat sana. terima kasih en azli and kak rini curah ilmu dengan seha. :)

p/s : esok aku upload pic mereka-mereka yang aku sebutkan tadi :)

ok, wassalam, bai