SehaAmeeraJamil.
yaALLAH,permudahkanlah segalanya. padamu daku berdoa
Friday, March 25, 2011, 5:51 PM | 0 comment(s)



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh (:

tengok macam aku berada di dalam kesulitan kan? sesungguhnya tidaklah seberat mana kesulitan aku ni, yela ALLAH SWT maha adil dengan apa yang diberikan ujian kepada kita, dan sudah semestinya kita mampu menghadapinya. ALLAH SWT tidak akan memberi ujian kepada umatNYA yang tidak mampu menghadapinya. dengan berdoa kepadaNYA inshaALLAH segala urusan akan dilakukan dengan tenang dan dipermudahkan. aku masih jahil lagi tentang semua ini, aku harap kalian dapat menegor aku jika aku melakukan kesilapan ^^,

hari ini aku nak berkongsi dengan kalian mengenai doa. doa apakah ia? doa permudahkan segala urusan. jom kita hayati doa-doa ini ^^,

Ya ALLAH, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang ENGKAU permudahkan, ENGKAU menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya ENGKAU kehendaki.

YA ALLAH YA TUHAN ku berikanlah kemudahan kepadaku akan suatu kemudahan yang ENGKAU mudahkan keatas kebanyakkan dari hambaMU dan kayakanlah aku dengan anugerahMU yang bukannya selain dariMU

ALLAHUMMA AMIN~~ (^_^)



wassalam